Saturday, September 10, 2011

dunia hari ini....

Hadooi...
cedih,geram,pilu,bile tgk bdk2 zaman skg,kemanalah harga diri bg seorg insan yg bergelar wanita dan llaki??
kaum adam yg diamanahkan sbgai seorg pemimpin bkn lg pemimpin ttapi  perosak bg insan2 generasi baru..
aku taw bkn sume kaum adam bgitu...tetapi bilangan adam yg bersifat bgitu smakin byk
kaum hawa...
kemana kemuliaan insan yg bergelar muslimah??
knp dikau menelanjangkn dirimu tuk dunia??
adakah anasir yahudi  sudah terjajah pda diri kalian sume??
kehidupan remaja skg hanya atas dasar tuk berseronak siang mlm
mereka sudah lupe jnji dgn sang pencipta
ketika saat diciptakan dahulu..
malu itu sbhagian dr iman
ttapi ungkapan itu smakin tidakbermakna skg...
perasaan malu itu pda zaman  skg dikatakan kolot...
padahal malu mu itu perisai diri mu dari  kejahatan...duniawi
Oh tuhan...
berilah petunjukmu....

Thursday, January 27, 2011

Mencari Secangkir Kebahagian ^_^

Hidup ini umpama layang-layang, jika kita mengendalikan nya dengan iman dan keikhlasan maka ia akan berpandu dengan sebaiknya, tetapi jika nafsu yang bermaharajalela maka layang-layang tersebut akan terumbang ambing ditengah-tengah udara dan musnah tanpa pembawa arah...
begitu juga dengan hidup kite nie,mesti berlandaskan iman dalam hati serta keikhlasan yang murni
moga dengan adanya Islam sebagai Ad-dinn hidup kita disinari kebahagian dan dirahmati Allah..

Kadang-kadang kite tertanya-tanya pada diri, Apa yang aku cari dalam hidup nie??adakah aku dah jumpai dan pasti kemana haluanku selepas ini?? oleh itu tepuk dada tanya iman di hati....
kite selalu mentafsirkan dan juga memahami bahawa kasih sayang manusia adalah kebahagian yang sebenar dan juga sejati..
apakah kite fikir dengan mencari secangkir kebahagian dalam kalangan insan-insan yang mengelilingi hidup kite adalah kekal abadi??tanyalah hati kite sendiri kerana disitu ade jawapan..
kerana hati adalah raja pada diri,anggota melaksanakan ape yang diarahkan..
semoga kata hati kite berlandaskan keimanan yang teguh..
bentengilah hati kite dengan ketakwaan dan ketaatan pada Allah.
maka di situ ada ketenangan abadi..
Cintailah 5 perkara sebelum kamu memilih cinta insani...

1.Cintailah Sang Pencipta yang Maha Esa kerana dengan cintanya membawa kita ke jalan yang diredai..
2.Cintailah Rasul dan para nabi-nabi
3.Cintailah Ayah dan Bonda
4.Cintailah Ahli keluarga mu dan saudara mara
5. Cintailah Diri sendiri kerana kita adalah khalifah dimuka bumi ini, yang diamanah kan oleh Allah
untuk memimpin dan beramanah.

Sunday, January 23, 2011

Lupa Oh Lupa

Sindrom penyakit lupa kian menjadi-jadi pada diriku,apakah ini dugaan atau kesilapan yang tak terjaga yang datang dari diriku sendiri?? Masya Allah aku begitu lalai dalam mengingatimu Ya Allah,tunjukkan padaku jalan yang lurus....
hati ni dipangut sedih bila hafalan Quran tak tercapai pada tahap yang baik,ya Allah izinkan daku untuk mengingati ayat-ayat suci mu,kembalikan padaku segala ilmu disaat daku memerlukannya ya Allah..

Sunday, January 2, 2011

Lembaran 2011,Buka Buku Baru Tutup Kisah Lama...

Assalamuailaikum sahabat yang dirahmati Allah SWT,moga kita semua dilimpahi keberkatan dan kebahagian hendaknya...
Ameen.
Selamat tahun baru 2011, bermulalah lembaran baru dalam kehidupan kita diharap tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya, " buka buku baru tutup kisah lama" ungkapan ini bermain di fikiran saya, entah tak tahu kenapa ^_^ mungkin tahun 2010 banyak kisah yang menguriskan hati yang terjadi pada diri ini, apa-apa pun kisah lalu memberi pengajaran dan ada hikmah disebalik yang berlaku dan saya anggap ia adalah asam garam kehidupan.
Saya pasti sahabat2 diluar sana juga punya kenangan manis,masin,pahit pada tahun 2010...
apa-apa jua kenangan kita, ia adalah pemangkin kepada kisah masa depan kita,warnailah kehidupan kita dengan iman yang bertapak dihati serta ketaatan pada Allah yang tidak berbelah bahagi.
Diharapkan tahun 2011 ini,kes2 pembuangan bayi tidak kedengaran lagi,rutun rasa hati melihat si kecil yang tidak berdosa menjadi mangsa kepada dua insan yang tidak bertanggungjawab.Moga mereka yang terlibat diberi petunjuk dan hidayah dari Allah..

Sunday, November 21, 2010

Sihir...Pemusnah Diri

Assalamuailaikum..sahabat yang dikasihi Allah SWT..pada ruangan kali ini Inspirasi Permata ingin berkongsi satu topik,yang popular dalam masyarakat melayu kini...
iaitu,Sihir Pemusnah Diri...
sihir juga dirujuk oleh masyarakat melayu sebagai buatan orang atau kemasukan syaitan.bahan yang sering digunakan oleh tukang sihir dikalangan melayu bergantung kepada keperluan tukang sihir itu sendiri,
lazimnya,air sihir,darah,telur, jarum dan patung merupakan bahan popular yang digunakan oleh tukang sihir dikalangan melayu.disamping itu juga,mereka dibantu oleh beberapa jenis jin dan hantu bagi mencapai apa yang dihajati,antara jin dan hantu dikenali sebagai berikut :

1.hantu bungkus: mempunyai kuasa  yang bisa menyerap ke dalam tubuh manusia.
2.langsuir: perempuan yang mati melahirkan anak,digunakan untuk tujuan mengangu.
3.polong:  bagi menghisap darah mangsa.
4.jembalang: tukang  sihir akan membuat perjanjian dengan jembalang pengawal atau penjaga sesuatu tapak atau kawasan digangu orang lain.

kesemua yang diperolehi oleh tukang  sihir samada warisan nenek moyang atau perguruan sihir.dalam  hubungan ini syaitan laknatullah memainkan peranan yang besar.

jenis-jenis sihir:


patung: tukang sihir akan mengunakan  bahan yang ada dari tubuh mangsa contohnya rambut,kuku, dan sebagainya,bahan tersebut diikat pada patung,seterusnya patuung itu akan dicucuk jarum ,pada masa yang sama mentera serta jampi serapah akan dibaca oleh tukang sihir dan dipercayai mangsa akan kesakitan serta boleh membawa maut.

santau: santau merupakan bahan campuran antara kaca yang ditumbuk halus ia akan dimasukkan kedalam minuman atau makanan mangsa dengan membaca ayat-ayat tertentu.

telur layang:  tukang sihir akan mengambil telur yang sudah dijampi lalu ia dibalut dengan kain kuning,,kemudian sebatang jarum akan dicucuk kedalam telur tersebut sambil mentera dibacakan oleh tukang sihir,akibatnya mangsa akan merasa sakit serta boleh membawa maut.

tangkal dan azimat: tukang sihir akan menulis ayat azimat dengan lidi pokok kabung berserta dakwat merah yang dicampur dengan bedak zafaran dan air ros,dakwat merah tersebut adalah darah orang mati dibunuh dengan kejam atau darah ayam jantan. kemudian tangkal atau azimat tadi diperasap dengan kemenyan yang dilakukan pada malam jumaat atau malam khamis yang ditujukan kepada mangsanya.

sihir pembenci dan kasih sayang:  sihir pembenci bertujuan untuk memisahkan pasangan kekasih atau suami isteri,manakala sihir kasih sayang dilakukan oleh penyihir dengan menulis jsmpi diatas kertas kemudian dibakar kemudian habuknya dimasukkan kedlm minuman yang disertakan jampi sambil menyebut nama orang yang dihajati.


CARA MENGATASI GEJALA SIHIR....

apabila disahkan seseorang disahkan terkena sihir samada  dari segi fizikal,mental,spiritual. maka dalam konsep islam setiap masalah ada penyelesaiannya,tiap penyakit itu ada penawarnya.islam telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasi masalah yang disebabkan oleh sihir,terutamanya setelah kita melihat fakta yang jelas bahawa Nabi Muhammad s.a.w pernah terkena sihir dalam kisah terkenal Labid bin A"sam
peristiwa ini berlaku untuk memberitahu kita terdapat ayat al-Quran yang dinamakan mu"awwizat, iatu beramal bersungguh sehingga yakin dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi penawar.
ayat-ayat suci al-Quran hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahawa Allah SWT boleh menyembuhkan sihir...

ayat-ayat tersebut seperti berikut:
1.surah al baqarah 2 ;1-6
2.surah al-baqarah 2:225-227
3.surah al-baqarah 284-286

sihir adalah pemusnah diri dan boleh membuatkan manusia kucar kacir, oleh itu jauhi lah diri kita dari hasad dengki serta iri  hati yang boleh membuat manusia lupa hingga mengamalkan sihir bagi memusnahkan seseorang, jika kita mengamalkan sihir bererti kita telah menduakan Allah serta syirik terhadapnya..syaitan adalah makluk durjana,dia akan berusaha untuk menghasut anak cucu adam untuk kufur Pada Allah,
jauhi diri kita dari perbuatan yang keji ini.
tingkatkan ketaatan pada ilahi...moga kita semua mendapat rahmat dari-NYA..

Thursday, November 18, 2010

Untukmu...wanita

Rasulullah s.a.w pernah bersabda" wanita adalah hiasan dunia dan seindah hiasan adalah wanita solehah...

Ramai dikalangan kita yang menisbahkan kemuliaan seseorang wanita terletak pada kecantikannya,dan ada juga yang menisbahkan kemuliaan seseorang wanita terletak pada harta dan pangkatnya,ini adalah penilaian manusia yang buta mata hatinya...
Sesungguhnya kemuliaan sesuatu makluk adalah ketakwaannya pada yang Maha Esa,nilai seorang wanita bukan terletak pada perhiasannya yang menonjol,berhias diri untuk memperlihat kecantikan,nilai seorang wanita terletak pada kesopanannya.keterbatasannya dalam pergaulannya...

wanita adalah insan yang istimewa,kejayaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita meskipun..mereka adalah insan yang lemah,namun begitu teriakan mereka bisa merubah segalanya..

Saydatina Aisyah berpesan...
Sebaik-baik wanita adalah tidak memandang dan tidak dipandang,janganlah kamu berasa bangga dengan kecantikan yang kamu miliki sehingga kamu dikejar oleh jutaan lelaki..itu semua bukan kemuliaan bagimu
jika kamu berasa bangga nescaya kamu menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai yang bisa dipijak sesiapa pun,muliakan dirimu dengan takwa,setanding mutiara zabarjad,yang hanya mampu dimiliki oleh penghuni syurga..
wanita solehah itu wanita yang menjaga maruah..apa yang lahir dari dirinya dari hujung rambut hingga hujung kaki...

Marilah kita sama-sama memuhasabahkan diri dan memperbaiki diri,semoga kita nanti menjadi wanita solehah...yang mengabadikan diri pada yang Maha Esa...
Insya Allah..


Cantiknya seorang wanita kerana kejernihan wajahnya..
Manisnya seorang wanita kerana senyuman yang indah..
Ayunya wanita kerana kesederhanaan lahiriah..
Hebatnya wanita kerana keimanan dan ketakwaan
yang teguh..

Hiasilah dirimu dengan akhlak yang terpuji..
Nilai diri seorang muslimah sejati..

Wednesday, November 17, 2010

Pembuka Tirai

Assalamuailaikum....sahabat sekalian yang dirahmati Allah SWT......
semoga kita dilimpahi dengan nikmat serta keberkatan dari yg Maha Esa
Inspirasi Permata..blog yang baru terbina moga..diterima umum
Insya Allah...
Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidiladha buat semua umat islam di seluruh dunia...Moga pengorbanan yang dilakukan mendapat balasan baik dari Allah SWT,
salam ukwah fillah buat semua...