Rasulullah s.a.w pernah bersabda" wanita adalah hiasan dunia dan seindah hiasan adalah wanita solehah...
Ramai dikalangan kita yang menisbahkan kemuliaan seseorang wanita terletak pada kecantikannya,dan ada juga yang menisbahkan kemuliaan seseorang wanita terletak pada harta dan pangkatnya,ini adalah penilaian manusia yang buta mata hatinya...
Sesungguhnya kemuliaan sesuatu makluk adalah ketakwaannya pada yang Maha Esa,nilai seorang wanita bukan terletak pada perhiasannya yang menonjol,berhias diri untuk memperlihat kecantikan,nilai seorang wanita terletak pada kesopanannya.keterbatasannya dalam pergaulannya...
wanita adalah insan yang istimewa,kejayaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita meskipun..mereka adalah insan yang lemah,namun begitu teriakan mereka bisa merubah segalanya..
Saydatina Aisyah berpesan...
Sebaik-baik wanita adalah tidak memandang dan tidak dipandang,janganlah kamu berasa bangga dengan kecantikan yang kamu miliki sehingga kamu dikejar oleh jutaan lelaki..itu semua bukan kemuliaan bagimu
jika kamu berasa bangga nescaya kamu menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai yang bisa dipijak sesiapa pun,muliakan dirimu dengan takwa,setanding mutiara zabarjad,yang hanya mampu dimiliki oleh penghuni syurga..
wanita solehah itu wanita yang menjaga maruah..apa yang lahir dari dirinya dari hujung rambut hingga hujung kaki...
Marilah kita sama-sama memuhasabahkan diri dan memperbaiki diri,semoga kita nanti menjadi wanita solehah...yang mengabadikan diri pada yang Maha Esa...
Insya Allah..
Cantiknya seorang wanita kerana kejernihan wajahnya..
Manisnya seorang wanita kerana senyuman yang indah..
Ayunya wanita kerana kesederhanaan lahiriah..
Hebatnya wanita kerana keimanan dan ketakwaan
yang teguh..
Hiasilah dirimu dengan akhlak yang terpuji..
Nilai diri seorang muslimah sejati..
No comments:
Post a Comment