Thursday, January 27, 2011

Mencari Secangkir Kebahagian ^_^

Hidup ini umpama layang-layang, jika kita mengendalikan nya dengan iman dan keikhlasan maka ia akan berpandu dengan sebaiknya, tetapi jika nafsu yang bermaharajalela maka layang-layang tersebut akan terumbang ambing ditengah-tengah udara dan musnah tanpa pembawa arah...
begitu juga dengan hidup kite nie,mesti berlandaskan iman dalam hati serta keikhlasan yang murni
moga dengan adanya Islam sebagai Ad-dinn hidup kita disinari kebahagian dan dirahmati Allah..

Kadang-kadang kite tertanya-tanya pada diri, Apa yang aku cari dalam hidup nie??adakah aku dah jumpai dan pasti kemana haluanku selepas ini?? oleh itu tepuk dada tanya iman di hati....
kite selalu mentafsirkan dan juga memahami bahawa kasih sayang manusia adalah kebahagian yang sebenar dan juga sejati..
apakah kite fikir dengan mencari secangkir kebahagian dalam kalangan insan-insan yang mengelilingi hidup kite adalah kekal abadi??tanyalah hati kite sendiri kerana disitu ade jawapan..
kerana hati adalah raja pada diri,anggota melaksanakan ape yang diarahkan..
semoga kata hati kite berlandaskan keimanan yang teguh..
bentengilah hati kite dengan ketakwaan dan ketaatan pada Allah.
maka di situ ada ketenangan abadi..
Cintailah 5 perkara sebelum kamu memilih cinta insani...

1.Cintailah Sang Pencipta yang Maha Esa kerana dengan cintanya membawa kita ke jalan yang diredai..
2.Cintailah Rasul dan para nabi-nabi
3.Cintailah Ayah dan Bonda
4.Cintailah Ahli keluarga mu dan saudara mara
5. Cintailah Diri sendiri kerana kita adalah khalifah dimuka bumi ini, yang diamanah kan oleh Allah
untuk memimpin dan beramanah.

No comments:

Post a Comment