Thursday, January 27, 2011

Mencari Secangkir Kebahagian ^_^

Hidup ini umpama layang-layang, jika kita mengendalikan nya dengan iman dan keikhlasan maka ia akan berpandu dengan sebaiknya, tetapi jika nafsu yang bermaharajalela maka layang-layang tersebut akan terumbang ambing ditengah-tengah udara dan musnah tanpa pembawa arah...
begitu juga dengan hidup kite nie,mesti berlandaskan iman dalam hati serta keikhlasan yang murni
moga dengan adanya Islam sebagai Ad-dinn hidup kita disinari kebahagian dan dirahmati Allah..

Kadang-kadang kite tertanya-tanya pada diri, Apa yang aku cari dalam hidup nie??adakah aku dah jumpai dan pasti kemana haluanku selepas ini?? oleh itu tepuk dada tanya iman di hati....
kite selalu mentafsirkan dan juga memahami bahawa kasih sayang manusia adalah kebahagian yang sebenar dan juga sejati..
apakah kite fikir dengan mencari secangkir kebahagian dalam kalangan insan-insan yang mengelilingi hidup kite adalah kekal abadi??tanyalah hati kite sendiri kerana disitu ade jawapan..
kerana hati adalah raja pada diri,anggota melaksanakan ape yang diarahkan..
semoga kata hati kite berlandaskan keimanan yang teguh..
bentengilah hati kite dengan ketakwaan dan ketaatan pada Allah.
maka di situ ada ketenangan abadi..
Cintailah 5 perkara sebelum kamu memilih cinta insani...

1.Cintailah Sang Pencipta yang Maha Esa kerana dengan cintanya membawa kita ke jalan yang diredai..
2.Cintailah Rasul dan para nabi-nabi
3.Cintailah Ayah dan Bonda
4.Cintailah Ahli keluarga mu dan saudara mara
5. Cintailah Diri sendiri kerana kita adalah khalifah dimuka bumi ini, yang diamanah kan oleh Allah
untuk memimpin dan beramanah.

Sunday, January 23, 2011

Lupa Oh Lupa

Sindrom penyakit lupa kian menjadi-jadi pada diriku,apakah ini dugaan atau kesilapan yang tak terjaga yang datang dari diriku sendiri?? Masya Allah aku begitu lalai dalam mengingatimu Ya Allah,tunjukkan padaku jalan yang lurus....
hati ni dipangut sedih bila hafalan Quran tak tercapai pada tahap yang baik,ya Allah izinkan daku untuk mengingati ayat-ayat suci mu,kembalikan padaku segala ilmu disaat daku memerlukannya ya Allah..

Sunday, January 2, 2011

Lembaran 2011,Buka Buku Baru Tutup Kisah Lama...

Assalamuailaikum sahabat yang dirahmati Allah SWT,moga kita semua dilimpahi keberkatan dan kebahagian hendaknya...
Ameen.
Selamat tahun baru 2011, bermulalah lembaran baru dalam kehidupan kita diharap tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya, " buka buku baru tutup kisah lama" ungkapan ini bermain di fikiran saya, entah tak tahu kenapa ^_^ mungkin tahun 2010 banyak kisah yang menguriskan hati yang terjadi pada diri ini, apa-apa pun kisah lalu memberi pengajaran dan ada hikmah disebalik yang berlaku dan saya anggap ia adalah asam garam kehidupan.
Saya pasti sahabat2 diluar sana juga punya kenangan manis,masin,pahit pada tahun 2010...
apa-apa jua kenangan kita, ia adalah pemangkin kepada kisah masa depan kita,warnailah kehidupan kita dengan iman yang bertapak dihati serta ketaatan pada Allah yang tidak berbelah bahagi.
Diharapkan tahun 2011 ini,kes2 pembuangan bayi tidak kedengaran lagi,rutun rasa hati melihat si kecil yang tidak berdosa menjadi mangsa kepada dua insan yang tidak bertanggungjawab.Moga mereka yang terlibat diberi petunjuk dan hidayah dari Allah..