Assalamuailaikum..sahabat yang dikasihi Allah SWT..pada ruangan kali ini Inspirasi Permata ingin berkongsi satu topik,yang popular dalam masyarakat melayu kini...
iaitu,Sihir Pemusnah Diri...
sihir juga dirujuk oleh masyarakat melayu sebagai buatan orang atau kemasukan syaitan.bahan yang sering digunakan oleh tukang sihir dikalangan melayu bergantung kepada keperluan tukang sihir itu sendiri,
lazimnya,air sihir,darah,telur, jarum dan patung merupakan bahan popular yang digunakan oleh tukang sihir dikalangan melayu.disamping itu juga,mereka dibantu oleh beberapa jenis jin dan hantu bagi mencapai apa yang dihajati,antara jin dan hantu dikenali sebagai berikut :
1.hantu bungkus: mempunyai kuasa yang bisa menyerap ke dalam tubuh manusia.
2.langsuir: perempuan yang mati melahirkan anak,digunakan untuk tujuan mengangu.
3.polong: bagi menghisap darah mangsa.
4.jembalang: tukang sihir akan membuat perjanjian dengan jembalang pengawal atau penjaga sesuatu tapak atau kawasan digangu orang lain.
kesemua yang diperolehi oleh tukang sihir samada warisan nenek moyang atau perguruan sihir.dalam hubungan ini syaitan laknatullah memainkan peranan yang besar.
jenis-jenis sihir:
patung: tukang sihir akan mengunakan bahan yang ada dari tubuh mangsa contohnya rambut,kuku, dan sebagainya,bahan tersebut diikat pada patung,seterusnya patuung itu akan dicucuk jarum ,pada masa yang sama mentera serta jampi serapah akan dibaca oleh tukang sihir dan dipercayai mangsa akan kesakitan serta boleh membawa maut.
santau: santau merupakan bahan campuran antara kaca yang ditumbuk halus ia akan dimasukkan kedalam minuman atau makanan mangsa dengan membaca ayat-ayat tertentu.
telur layang: tukang sihir akan mengambil telur yang sudah dijampi lalu ia dibalut dengan kain kuning,,kemudian sebatang jarum akan dicucuk kedalam telur tersebut sambil mentera dibacakan oleh tukang sihir,akibatnya mangsa akan merasa sakit serta boleh membawa maut.
tangkal dan azimat: tukang sihir akan menulis ayat azimat dengan lidi pokok kabung berserta dakwat merah yang dicampur dengan bedak zafaran dan air ros,dakwat merah tersebut adalah darah orang mati dibunuh dengan kejam atau darah ayam jantan. kemudian tangkal atau azimat tadi diperasap dengan kemenyan yang dilakukan pada malam jumaat atau malam khamis yang ditujukan kepada mangsanya.
sihir pembenci dan kasih sayang: sihir pembenci bertujuan untuk memisahkan pasangan kekasih atau suami isteri,manakala sihir kasih sayang dilakukan oleh penyihir dengan menulis jsmpi diatas kertas kemudian dibakar kemudian habuknya dimasukkan kedlm minuman yang disertakan jampi sambil menyebut nama orang yang dihajati.
CARA MENGATASI GEJALA SIHIR....
apabila disahkan seseorang disahkan terkena sihir samada dari segi fizikal,mental,spiritual. maka dalam konsep islam setiap masalah ada penyelesaiannya,tiap penyakit itu ada penawarnya.islam telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasi masalah yang disebabkan oleh sihir,terutamanya setelah kita melihat fakta yang jelas bahawa Nabi Muhammad s.a.w pernah terkena sihir dalam kisah terkenal Labid bin A"sam
peristiwa ini berlaku untuk memberitahu kita terdapat ayat al-Quran yang dinamakan mu"awwizat, iatu beramal bersungguh sehingga yakin dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi penawar.
ayat-ayat suci al-Quran hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahawa Allah SWT boleh menyembuhkan sihir...
ayat-ayat tersebut seperti berikut:
1.surah al baqarah 2 ;1-6
2.surah al-baqarah 2:225-227
3.surah al-baqarah 284-286
sihir adalah pemusnah diri dan boleh membuatkan manusia kucar kacir, oleh itu jauhi lah diri kita dari hasad dengki serta iri hati yang boleh membuat manusia lupa hingga mengamalkan sihir bagi memusnahkan seseorang, jika kita mengamalkan sihir bererti kita telah menduakan Allah serta syirik terhadapnya..syaitan adalah makluk durjana,dia akan berusaha untuk menghasut anak cucu adam untuk kufur Pada Allah,
jauhi diri kita dari perbuatan yang keji ini.
tingkatkan ketaatan pada ilahi...moga kita semua mendapat rahmat dari-NYA..
Sunday, November 21, 2010
Thursday, November 18, 2010
Untukmu...wanita
Rasulullah s.a.w pernah bersabda" wanita adalah hiasan dunia dan seindah hiasan adalah wanita solehah...
Ramai dikalangan kita yang menisbahkan kemuliaan seseorang wanita terletak pada kecantikannya,dan ada juga yang menisbahkan kemuliaan seseorang wanita terletak pada harta dan pangkatnya,ini adalah penilaian manusia yang buta mata hatinya...
Sesungguhnya kemuliaan sesuatu makluk adalah ketakwaannya pada yang Maha Esa,nilai seorang wanita bukan terletak pada perhiasannya yang menonjol,berhias diri untuk memperlihat kecantikan,nilai seorang wanita terletak pada kesopanannya.keterbatasannya dalam pergaulannya...
wanita adalah insan yang istimewa,kejayaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita meskipun..mereka adalah insan yang lemah,namun begitu teriakan mereka bisa merubah segalanya..
Saydatina Aisyah berpesan...
Sebaik-baik wanita adalah tidak memandang dan tidak dipandang,janganlah kamu berasa bangga dengan kecantikan yang kamu miliki sehingga kamu dikejar oleh jutaan lelaki..itu semua bukan kemuliaan bagimu
jika kamu berasa bangga nescaya kamu menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai yang bisa dipijak sesiapa pun,muliakan dirimu dengan takwa,setanding mutiara zabarjad,yang hanya mampu dimiliki oleh penghuni syurga..
wanita solehah itu wanita yang menjaga maruah..apa yang lahir dari dirinya dari hujung rambut hingga hujung kaki...
Marilah kita sama-sama memuhasabahkan diri dan memperbaiki diri,semoga kita nanti menjadi wanita solehah...yang mengabadikan diri pada yang Maha Esa...
Insya Allah..
Cantiknya seorang wanita kerana kejernihan wajahnya..
Manisnya seorang wanita kerana senyuman yang indah..
Ayunya wanita kerana kesederhanaan lahiriah..
Hebatnya wanita kerana keimanan dan ketakwaan
yang teguh..
Hiasilah dirimu dengan akhlak yang terpuji..
Nilai diri seorang muslimah sejati..

Wednesday, November 17, 2010
Pembuka Tirai
Assalamuailaikum....sahabat sekalian yang dirahmati Allah SWT......
semoga kita dilimpahi dengan nikmat serta keberkatan dari yg Maha Esa
Inspirasi Permata..blog yang baru terbina moga..diterima umum
Insya Allah...
Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidiladha buat semua umat islam di seluruh dunia...Moga pengorbanan yang dilakukan mendapat balasan baik dari Allah SWT,
salam ukwah fillah buat semua...
salam ukwah fillah buat semua...
Subscribe to:
Posts (Atom)